14 April 2013 - 19:30
Demonstrasi tiga hari di Bahrain berakhir

Berikrar akan meneruskan revolusi dan tunturan hak mereka, parti pembangkang Bahrain melancarkan demonstrasi dengan tema "Demokrasi adalah hak kami" .

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Bertepatan dengan pertandingan Formula One di Bahrain, parti pembangkang di negara tersebut melancarkan demonstrasi tiga hari berturut-turut dengan tema "Demokrasi adalah hak kami".

Rakyat Bahrain kelihatan memenuhi jalan-jalan di wilayah al-Dair, Samahij dan Muharraq.

Di akhir demonstrasi, pihak pembangkang mengeluarkan pernyataan bahawa regim cuba menutup kes yang menyebabkan majoriti rakyatnya bangkit menuntut hak mereka.